Taken on the first of Hari Raya last year in the house of Nek Unggal in Kuching
A picture of mother before she went for the surgery
A picture of mother before she went for the surgery
Wahai Bonda ku,
Tika ku taip warkah rindu ini, umat Nabi Muhammad S.A.W sedang menyambut ketibaan Bulan yang penuh mulia iaitu Bulan Ramadhan. Sesungguhnya bila tiba saat ini, dikau lah orang yang akan sibuk menyiapkan kelengkapan dan persiapan untuk suami mu dan anak-anak mu.......
Wahai Bonda,
Pada saat ini juga, ketika aku menaip warkah rindu ini, air mata ku mengalir tanpa henti, merindui kehadiran mu di samping ku dan keluarga.... Pada saat inilah aku akan mula bermanja, meminta masakan yang istimewa. Hasil air tangan mu. Sesungguhnya, aku amat merindui kehadiran mu.
Bonda,
Sesungguhnya....kau tiada dua. Kenangan mu tetap terpahat di dalam sanubari ku....
Ku titipkan doa moga engkau tenang di sana...AMIN YA RABBAL ALLAMIN
1 comment:
Semoga arwah ur mum sentiasa mendapat keredhaan dan rahmatnya... Al-fatihah....
Post a Comment